Pages

Sunday 13 March 2016

Lukisan "Rumah Saya "

Entri : 11
Teks : Russuzi Binti Abdullah 
Foto : Russuzi Binti Abdullah 

Assalammualaikum 

Affan terkena demam virus , muntah , cirit-birit , waktu siang ok bila menjelang petang suhu badan meningkat . Mengambil masa seminggu  juga untuk pulih. 

Kebetulan pula minggu peperiksaan , terpaksalah ponteng . Bila Affan dah sihat hanya dia kesekolah,  kakak-kakak dan abang bercuti dirumah . Semua demam, mujur juga mama sihat cuma sakit tekak . 

Hari Jumaat ada lukisan ,  soalan diberi sebelum minggu peperiksaan bermula . Tak sempat Affan nak praktis , jadinya pagi sebelum kesekolah Affan sempat saya ajar melukis. Google lukisan Rumah Saya yang mudah untuk Affan .




Mudah sahaja, ada rumah , pokok , pokok bunga , awan dan matahari . Affan pun suka idea saya ini . Selepas siap mewarna lukisan dia lukis sekali lagi . Balik dari sekolah , pada sebelah malam sebelum tidur Affan melukis lagi .

Habislah kertas lukisan penuh dengan gambar Rumah Saya . Apa lagi hendak dibuat , redha je lah 

No comments:

Post a Comment