Pages

Monday 29 February 2016

Jus nenas atau smoothies nenas

Entri : 7
Teks : Russuzi Binti Abdullah
Foto : Russuzi Binti Abdullah


Assalammualaikum

Menu berbuka puasa saya semalam. Khamis lepas saya sempat ke pasar tani dan membeli sebiji nenas. Hari sabtu dan ahad sibuk dengan majlis perkahwinan. Sabtu kerumah sepupu suami dan hari ahad pula ke majlis perkahwinan sepupu saya .

Semalam baru berkesempatan memasak nenas yang sudah masak ranum. Memandangkan saya berpuasa semalam , untuk anak-anak saya belikan nasi lemak ikan keli sebagai menu tengahari .

Untuk berbuka puasa saya masak udang masak lemak nenas , goreng ikan pekasam yang dibuat sendiri oleh abang saya dikampung .Dititip melalui anak saudara saya , sebalang besar ikan pekasamnya. Boleh disedekah kepada adik-beradik saya .

Paling istimewa semalam jus nenas atau smoothie nenas. Anak saya Sofiya yang membuatnya untuk saya . Aina Sofiya memang pakar air. Berbagai resepi jus pernah dihasilkan .

Resepi Jus Nenas atau smoothies nenas
Oleh Aina Sofiya
Resepi diambil dari buku Children's First Cook Book oleh Annabel Karmel.

Resepi asal :

125ml santan
300ml jus nenas
2 skop aiskrim vanilla
100 gm nenas

Masukkan semua didalam pengisar kecuali nenas . Bila dah siap hidangkan didalam gelas .

Resepi Sofiya

Nenas
Jus limau nipis
Santan beku
sedikit gula yang dicairkan
secubit garam

Kisar semua bahan , sedikit sukar kerana santan beku jadinya mengambil masa lebih lama .
Bila sudah siap boleh dihidangkan didalam gelas .

Saya tidak sejukkan kerana santan yang beku itu cukup menyejukkan jus. Memang sedap , saya minum 2 gelas. Mungkin selepas ini saya boleh cuba dari resepi yang sebenar. Nenas boleh juga digantikan dengan starwberi atau peach.

Selamat mencuba.


2 comments:

  1. Sedapnya menu berbuka..nenas taktahannya.tini haritu buat blueberry smoothies.bila musim, murah.letak blueberry dan yogurt je.

    ReplyDelete
  2. mahal lah blueberry kat sini tini .akak tunggu mulberi je berbuah .Akak tanam 2 pokok.

    ReplyDelete