Pages

Sunday 6 March 2016

Malang tak berbau

Entri : 9
Teks : Russuzi binti Abdullah

1245 tengahari saya keluar dari kawasan sekolah masuk ke jalan besar dan akan melalui bulatan . Sedang beratur untuk masuk ke bulatan tiba-tiba ada 3 biji berdesup laju disisi kereta saya .

Sempat lagi mulut membebel '' lajunya budak-budak ni bawa motor ". Geram, marah sebab masing-masing masih dibangku sekolah . Tetiba boom, kuat sangat bunyi , pandangan saya jadi hitam seketika.

Saya keluar juga kereta , remuk kereta saya . Anak-anak saya pun mengigil ketakutan . Bila tengok keadaan kereta sempat lagi membebel ,  "kenapalah laju sangat korang bawa ". Dalam hati saya terlintas ''dah macam mak nenek aku ".

Sebenarnya saya panik, rasa nak marah dengan yang melanggar kereta saya tapi dia anak muda yang tengah mengaduh sakit . Kesian pula , muda lagi , masih dibangku sekolah .

Ini pengalaman ketiga saya dilanggar . Dan kali ini paling teruk.Alhamdulillah kami semua selamat .
Penunggang motosikal pun selamat , risau juga kalau teruk kecederaannya .

Sebab ini kali ketiga saya memang ada pengalaman membuat laporan di balai polis . Saya bawa balik kereta saya dengan cermin yang pecah . Memang ada geng trak penunda tapi saya kata saya baik . Selesai hantar anak-anak kesekolah sessi petang , solat kemudian saya ke balai polis . Mujur juga ada 2 biji kereta.

Kali pertama kemalangan saya ada sebiji sahaja kereta.Saya pula berulang alik dari Bangi ke Kuala Lumpur . Mujur makcik suami saya pinjamkan kereta . Syukur alhamdulillah .

Laporan kemalangan boleh sahaja dibuat dimana-mana balai polis tetapi masih kena ke Bahagian Traffik untuk mengambil gambar sebagai bukti . Sebelum ke balai polis kena pastikan membawa kad pengenalan dan lesen memandu . Saya juga membawa insuran kereta dan cukai jalan untuk persediaan kalau-kalau diminta .

Selesai membuat laporan kita akan diminta berjumpa dengan pegawai atasan . Lukis lakaran bagaimana kemalangan terjadi . Siasatan dibuat jika didapati salah kita , maka kita akan disaman .
Selesai proses kedua ambil surat dan tunggu dikereta untuk diambil gambar . Selesai sudah laporan kita kepada pihak berkuasa .

Memandangkan sudah kali ketiga saya dilangar , saya akan menghantar ke bengkel membaiki kereta ditempat yang saya pergi sebelum ini . Pihak bengkel yang akan semua urusan tuntutan insuran saya.
Sekarang kereta sudah tersadai di bengkel untuk dibaiki dan dibuat tuntutan insuran . Semoga Allah permudahkan segala urusan .

Semua urusan dengan polis , trak penunda , pihak ketiga dan bengkel , kali ini semua saya uruskan sendiri . Kesana sini membawa kereta yang kemek dan pecah cermin belakangnya . Alhamdulillah saya redha, Allah sayangkan saya sebab itu saya diuji disaat suami tiada disisi.



2 comments:

  1. Baca entri kak Suzie, rasa macam baca karangan anak sekolah pulak.
    Laa.. sian kak Suzie kena langgor. Ish, yati pun tak tau nak cakap lagu mana. Kita bawak dah ok, orang lain pulak yang langgor kita. Semoga segalanya insurans ok, dan kete kak Suzie pun ok juga.

    ReplyDelete
  2. thanks yati...nanti akak try jd bagi lagi sedap heheh..kena banyak membaca kot hehe....
    nak buat mcm mana...redha jelah yati...

    ReplyDelete