Pages

Monday 14 March 2016

Belajar membuat mee kuning

Entri : 12
Teks : Russuzi Binti Abdullah 
Foto : 

Assalammualaikum 

Petang sabtu seusai solat asar , terima pesanan dari group whatssap surau taman perumahan saya . 

''jom belajar buat mee''

Dalam hati saya '' aikk bila ni ? Tak cakap pun ''.

Saya membalas '' bila ni ? ''

''Sekarang ,  datang sekarang ''.

Sempat juga saya mengomel '' sabo jelah , baru nak cakap '', tapi saya pergi juga belajar , percuma lagi pun . Jiran saya yang mengajar dengan ikhlas . 

Dari mula membuat mee hingga boleh dimakan oleh jemaah surau pada waktu maghrib .Alhamdulillah , sebenarnya bahan-bahan hanya untuk membuat mee tapi ramai pula anak-anak dan kaum bapa datang jenguk-jenguk sambil bersihkan surau jadinya terpaksalah  mee digoreng .

Cari-cari bahan dalam rumah masing-masing dapatkan kami menikmati mee yang disediakan sendiri .
Alhamdulillah , syukur nikmat Allah .





Resepi Mee Kuning 

1 kg tepung gandum  ( kandungan protein 11 yang terbaik) 
25gm garam 
26ml air abu 
300ml air 
42 ml minyak masak 

Penyediaan : 

Ayak tepung dan ketepikan . 
Campur air , garam ,air abu . Masukkan kedalam tepung , gaul sehingga menjadi serbuk roti .Uli sehingga boleh dicanai . Canai dengan mesin mee sehingga agak-agak nipis. Jangan terlalu nipis . Sudah dapat kepingan yang sesuai masuk kan kedalam mesin mee acuan mee. Didihkan air rebus mee sehingga terapung . Sejukkan , kemudian digaul dengan minyak.Siap mee untuk dimasak .
Selamat mencuba .


3 comments:

  1. Wah.. buat mee sendiri. Bagusnya. Air abu tu apa, kak Suzie?

    ReplyDelete
  2. ada jual di kedai runcit yati , campuran sodium carbonate dgn sodium silikat dengan air ...tapi kakak tu kata beli dah siap iaitu air abu .

    ReplyDelete
  3. wahh bagusnya buat mee sendiri.first time dgr air abu tu kak.ada jiran taman tini beli dgn orang buat homemade ni juga tapi macam2 perisa, bayam, carrot dan sebagainya.akak mesin buat mee tu letrik ke?ke manual?

    ReplyDelete