Pages

Showing posts with label Tips memasak. Show all posts
Showing posts with label Tips memasak. Show all posts

Monday, 14 March 2016

Belajar membuat mee kuning

Entri : 12
Teks : Russuzi Binti Abdullah 
Foto : 

Assalammualaikum 

Petang sabtu seusai solat asar , terima pesanan dari group whatssap surau taman perumahan saya . 

''jom belajar buat mee''

Dalam hati saya '' aikk bila ni ? Tak cakap pun ''.

Saya membalas '' bila ni ? ''

''Sekarang ,  datang sekarang ''.

Sempat juga saya mengomel '' sabo jelah , baru nak cakap '', tapi saya pergi juga belajar , percuma lagi pun . Jiran saya yang mengajar dengan ikhlas . 

Dari mula membuat mee hingga boleh dimakan oleh jemaah surau pada waktu maghrib .Alhamdulillah , sebenarnya bahan-bahan hanya untuk membuat mee tapi ramai pula anak-anak dan kaum bapa datang jenguk-jenguk sambil bersihkan surau jadinya terpaksalah  mee digoreng .

Cari-cari bahan dalam rumah masing-masing dapatkan kami menikmati mee yang disediakan sendiri .
Alhamdulillah , syukur nikmat Allah .





Resepi Mee Kuning 

1 kg tepung gandum  ( kandungan protein 11 yang terbaik) 
25gm garam 
26ml air abu 
300ml air 
42 ml minyak masak 

Penyediaan : 

Ayak tepung dan ketepikan . 
Campur air , garam ,air abu . Masukkan kedalam tepung , gaul sehingga menjadi serbuk roti .Uli sehingga boleh dicanai . Canai dengan mesin mee sehingga agak-agak nipis. Jangan terlalu nipis . Sudah dapat kepingan yang sesuai masuk kan kedalam mesin mee acuan mee. Didihkan air rebus mee sehingga terapung . Sejukkan , kemudian digaul dengan minyak.Siap mee untuk dimasak .
Selamat mencuba .


Monday, 29 February 2016

Jus nenas atau smoothies nenas

Entri : 7
Teks : Russuzi Binti Abdullah
Foto : Russuzi Binti Abdullah


Assalammualaikum

Menu berbuka puasa saya semalam. Khamis lepas saya sempat ke pasar tani dan membeli sebiji nenas. Hari sabtu dan ahad sibuk dengan majlis perkahwinan. Sabtu kerumah sepupu suami dan hari ahad pula ke majlis perkahwinan sepupu saya .

Semalam baru berkesempatan memasak nenas yang sudah masak ranum. Memandangkan saya berpuasa semalam , untuk anak-anak saya belikan nasi lemak ikan keli sebagai menu tengahari .

Untuk berbuka puasa saya masak udang masak lemak nenas , goreng ikan pekasam yang dibuat sendiri oleh abang saya dikampung .Dititip melalui anak saudara saya , sebalang besar ikan pekasamnya. Boleh disedekah kepada adik-beradik saya .

Paling istimewa semalam jus nenas atau smoothie nenas. Anak saya Sofiya yang membuatnya untuk saya . Aina Sofiya memang pakar air. Berbagai resepi jus pernah dihasilkan .

Resepi Jus Nenas atau smoothies nenas
Oleh Aina Sofiya
Resepi diambil dari buku Children's First Cook Book oleh Annabel Karmel.

Resepi asal :

125ml santan
300ml jus nenas
2 skop aiskrim vanilla
100 gm nenas

Masukkan semua didalam pengisar kecuali nenas . Bila dah siap hidangkan didalam gelas .

Resepi Sofiya

Nenas
Jus limau nipis
Santan beku
sedikit gula yang dicairkan
secubit garam

Kisar semua bahan , sedikit sukar kerana santan beku jadinya mengambil masa lebih lama .
Bila sudah siap boleh dihidangkan didalam gelas .

Saya tidak sejukkan kerana santan yang beku itu cukup menyejukkan jus. Memang sedap , saya minum 2 gelas. Mungkin selepas ini saya boleh cuba dari resepi yang sebenar. Nenas boleh juga digantikan dengan starwberi atau peach.

Selamat mencuba.